Netbook 1Malaysia adalah merupakan sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ke Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Netbook 1Malaysia diagihkan kepada sekolah-sekolah untuk penggunaan murid-murid dalam program Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICTL). Program ini berfokus kepada pendedahan murid kepada peranti komputer serta kemahiran asas papan kekunci dan tetikus (keyboarding dan mouse skill). Selain itu, program ini juga memberikan pendedahan murid kepada pemprosesan perkataan (word processing), hamparan elektronik (electronic spread sheet) dan aplikasi persembahan (presentation applications).
Berikut adalah senarai sekolah kelompok PKG Taiping yang menerima Netbook 1Malaysia:
- SK Pendidikan Khas Taiping (P) (41 unit)
- SK King Edward VII (1) (41 unit)
- SK St. George Satu (41 unit)
- SK Convent Aulong (41 unit)
- SK Methodist (41 unit)
- SJKC Pokok Assam (41 unit)
- SJKT YMHA (41 unit)
- SMK Dr. Burhanuddin (82 unit)
- SM Sains Raja Tu Azalan Shah (42 unit)
Penghantaran Netbook 1Malaysia terus ke sekolah tuan, dijangkakan pada 24 Disember 2014.Mohon kerjasama pihak tuan, agar memaklumkan kepada PKG Taiping akan penerimaan Netbook 1Malaysia tersebut.
Sila pastikan bilangan yang diterima mencukupi. SAP perlu ditandatangani oleh Pihak Pentadbir sebanyak 4 salinan. Sesalinan perlulah dihantar ke PKG Taiping sejurus selepas penerimaan Netbook tersebut.
Sebarang kerosakan dan pertanyaan mengenai Netbook tersebut, sila hubungi pihak PKG Taiping. Sayugia diingatkan juga kotak Netbook tersebut perlulah disimpan bagi tujuan rekod dan pendokumentasian.
